Tuesday 28 February 2012

Kolam PIBG

Inilah hasilnya "Kolam PIBG"
Penyelaras Program RAS memerhati perjalanan pembinaan kolam
YDP PIBG bersama AJK dan penaja yang memberi sumbangan untuk menyiapkan kolam
26 Februari 2012 - Alhamdulillah berkat kerjasama semua pihak PIBG SK Kampung Baharu akhirnya berjaya menyiapakan sebuah kolam ikan air tawar bagi tujuan pendidikan anak-anak di sekolah. Kolam ini amat bermakna kerana ia merupakan satu bentuk pembelajaran secara langsung berkaitan perikanan. Pembinaan kolam ini amat bersesuaian dengan kawasan sekolah yang mempunyai kemudahan punca air dari bukit berhampiran.

Penilaian PIBG Terbilang Peringkat Negeri Pahang

Cikgu Qasidi selaku Setiausaha PIBG mengucapkan selamat datang kepada semua Panel Penilai
24 Februari 2012 - PIBG SK Kampung Baharu telah dikunjungi oleh Pegawai Penilai dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Kunjungan Pegawai Penilai ini amat bermakna kepada PIBG kerana ini membuktikan bahawa PIBG SK Kampung Baharu telah dinilai oleh Jabatan Pelajaran Pahang bagi kategori sekolah rendah luar bandar. Terima kasih atas penilaian tuan.Kami mengharapkan kejayaan akan dikecapi oleh warga PIBG sekolah ini.

Thursday 23 February 2012

Selamat Datang Kepada Penilai Anugerah PIBG Terbilang 2012

PIBG SK Kampung Baharu mengalu-alukan kehadiran Tuan Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Pahang dan ahli panel Penilaian Anugerah PIBG Terbilang. Kehadiran tuan akan menyemarakkan lagi semangat kami dalam menguruskan PIBG demi kecemerlangan anak bangsa.

Monday 20 February 2012

PIBG SK Kampung Baharu Terus Cemerlang

20 Februari 2012 - PIBG SK Kampung Baharu terus cemerlang dengan slogannya "Bergerak Cemerlang". Untuk dua tahun berturut-turut PIBG SK Kampung Baharu dianugerahkan Johan PIBG Terbilang Peringkat Daerah . Tahniah buat semua Jawatankuasa dan ahli yang memberi kerjasama dalam semua aktiviti PIBG. Terima kasih juga kepada penyumbang-penyumbang yang sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti PIBG.

Saturday 18 February 2012

PIBG SKKB Selesai Mesyuarat Agung Kali Ke-31

18 Februari 2012 - PIBG Sk Kampung Baharu telah selasai menjalankan Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-31. Kehadiran ahli untuk membolehkan mesyuarat agung berlangsung amat memuaskan. Mesyuarat pada kali ini berjalan dengan lancar. Tidak ada isu-isu yang menimbulkan masalah kepada semua ahli. Mesyuarat pada kali ini lebih bermakna apabila majlis perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Jerantut.

Dalam ucapan perasmian beliau menegaskan tugas dan peranan ibu bapa amat berbeza berbanding masa lampau. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi memastikan pembentukan akhlak anak yang sempurna. Beliau juga menegaskan bahawa hubungan antara ibu bapa dan sekolah perlu bagi mengelakkan ketidak seimbangan. PIBG seharusnya mempunyai Visi yang selari dengan sekolah agar matlamat yang diharapkan dapat dicapai.
Barisan Jawatankuasa PIBG 2012/2013
Perasmian Mesyuarat Agung oleh
YM Tengku Nor Asmaliza binti Ku Lah
Wakil Pegawai Daerah Jerantut

Saturday 11 February 2012

Gotong - Royong Rakan Alam Sekitar PIBG

YDP PIBG bersama Penyelaras RAS
11 Februari 2012 - Jawatankuasa PIBG telah menjalankan gotong - royong bagi melaksanakan program Rakan Alam Sekitar. Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. 

Amalan 5R, (Rethink, Repair,Reduce, Reuse and Recycle), iaitu fikir semula, baik pulih, kurangkan, guna semula dan kitar semula diutamakan dalam konteks ini.

Penilaian PIBG 2012

9 Februari 2012 - PIBG SK Kg. Baharu telah dibuat penilaian oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut. Penilaian yang dijalankan bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan pengurusan PIBG di sekolah.Penilaian tersebut meliputi pengurusan fail, pengurusan kewangan, pengurusan aktiviti dan kebitaraan PIBG.Terima kasih kepada semua jawatankuasa PIBG yang selama ini sentiasa memberi kerjasama yang baik terhadap pengurusan PIBG.

Saturday 4 February 2012

Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Hari ini, 5 Februari 2012, bersamaan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah umat Islam seluruh Malaysia  menyambut Maulidur Rasul SAW . Tema yang dipilih pada kali ini (2012) ialah “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”. Warga PIBG SK Kampung Baharu mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam.

Konvensyen PIBG Kebangsaan


Lepas bersalam denganTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Berjumpa sahabat dari Perlis

                                                                                                                                                                                               
YDP Jamalrudin bin samsudin  telah menghadiri Konvensyen PIBG Peringkat Kebangsaan Anjuran KPM yang diadakan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands pada 9 - 11 Disember 2011. Terima kasih kepada KPM yang menganjurkan konvensyen PIBG. Banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada program tersebut.

Selamat Bertugas Kepada Guru Besar

PIBG mengalu-alukan kedatangan En. Abdul Muhin bin Yusof selaku guru besar menggantikan Pn. Hajah Salbiah yang telah bersara. Kedatangan tuan mudah-mudahan menyuntik semangat baru agar kecemerlangan sekolah ini lebih menyerlah.

Sekalung Budi Buat KS SPK Jabatan Pelajaran Pahang

YDP PIBG SK Kampung Baharu, Jamalrudin bin Samsudin mewakili warga PIBG merakamkan jutaan terima kasih di atas segala khidmat bakti yang dicurahkan oleh Tn. Hj. Mohd Nazri bin Wahab sepanjang perkhidmatanya. Selamat bersara dan mudah-mudahan dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.