Saturday 19 November 2011

Majlis Kasih Dijunjung Bakti Disanjung

18 November 2011- PIBG dan SK Kampung Baharu mengadakan majlis persaraan Pn Hajjah Salbiah binti Tan Seri Abd Razak . Majlis ini mendapat sokongan Jawatankuasa Masjid dan masyarakat kampung. Segala persiapan dan perjalanan majlis dapat dijalankan dengan baik. Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut, En Adnan bin Abdul Kadir turut hadir menyampaikan ucapan sepena majlis tersebut. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis persaraan guru besar yang kita kasihi. Guru besar merupakan orang pertama yang bersara di sekolah ini. Beliau telah bertugas di SK Kg Baharu selama 9 tahun. Banyak kejayaan yang telah ditunjukkan melalui kepimpinanya. Kami doakan beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan disihatkan tubuh badan untuk kebajikan kepada bangsa dan agama.

Penduduk kampung bergotong royong memotong daging




YDP PIBG menyerahkan potert kenangan


Penduduk kampung dan murid sekolah menjamu selera

Penduduk kampung bergambar kenangan dengan guru besar

Para guru SK Kg. Bahru berbaris menunggu giliran
untuk bersalam dengan guru besar

Para murid bersedia untuk bersalam dengan guru besar

Guru besar diiringi oleh 10 buah motosikal ke rumah


Wednesday 21 September 2011

Pengurusan PIBG Terbilang

SK Kg. Baharu, 20 SEPTEMBER 2011 - Jabatan Pelajaran Pahang telah membuat penilaian berkaitan pengurusan PIBG. Penilaian ini amat memberi impak besar kepada pengurusan PIBG yang berkuliti. Jamalrudin bin Hj. Samsudin selaku YDP berkata, ia sebenarnya satu penghargaan kepada PIBG SK Kampung Baharu. Terima kasih kepada PPD Jerantut atas kepercayaan yang diberikan walaupun SK Kampung Baharu merupakan kategori sekolah kurang murid.

Saturday 17 September 2011

PIBG SKKB Mewakili Daerah Jerantut

Pengurusan PIBG SK Kampung Baharu telah diiktiraf sebagai Johan semasa penilaian Anugerah PIBG Terbilang di peringkat daerah. Justeru itu, PIBG akan mewakili daerah ke peringkat negeri yang akan dinilai oleh Jabatan Pelajaran Pahang mulai minggu hadapan. Penilaian yang akan dijalankan melibatkan bahagian pengurusan, kewangan dan aktiviti.

Tahniah Buat Jawatankuasa PIBG

Tahniah buat Jawatankuasa PIBG SK Kampung Baharu kerana telah dipilih sebagai Johan Anugerah PIBG Terbilang peringkat daerah Jerantut. Penilaian anugerah tersebut telah dilaksanakan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut baru-baru ini. Semoga dengan pengiktirafan tersebut membakar semangat PIBG agar lebih gigih melaksanakan program yang memberi impak kepada murid, sekolah dan masyarakat. Sokongan semua ahli amat penting agar tidak timbul masalah dalam pengurusan bagi menjamin kesejahteraan bersama.

Salam 1 Malaysia Buat PIBG

Salam perkenalan dan salam 1 Malaysia buat semua rakan yang bergelar AJK PIBG dan Ahli PIBG. Blog ini dibangunkan bagi tujuan untuk menyebarkan maklumat dan berkongsi maklumat berkaitan PIBG. Mudahan melalui blog ini akan merapatkan hubungan antara ahli dan pihak sekolah. InsyaAllah....