Saturday 30 June 2012

PIBG Memancing Bersama Komuniti

17 Jun 2012 - Kolam memancing Kampung Baharu telah didatangi oleh PIBG, JKKK, PDRM, Belia dan Jawatankuasa Masjid serta masyarakat setempat. Program ini merupakan program PDRM bersama masyarakat setempat. Program kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak. Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Jerantut. Tahniah kepada yang berjaya menaikan ikan, begitu juga kepada yang menjuarai mengikut katagori. Terima kasih kepada Ahli PIBG yang hadir memberi sokongan dalam menjayakan program yang amat baik ini. Terima kasih kepada Jawatankuasa Masjid Kampung Baharu yang menyediakan hidangan bagi jamuan makan tengahari. Terima kasih dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.
YDP PIBG mahu mencuba nasib.....
Mantan YDP bersemangat walaupun tangan tercedera
Antara spesis ikan yang diperolehi peserta
YDP PIBG setia menanti ikan mengena dimata pancingnya...........
SU PIBG serta keluarga turut serta
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang
YDP PIBG dan Ketua Kampung menyaksikan peserta menerima hadiah
Menikmati jamuan selesai memancing

Program PIBG Bersama Komuniti

16 Jun 2012 - Program PIBG bersama komuniti yang melibatkan JKKK, Belia, Jawatankuasa Masjid dan Polis Daerah Jerantut telah dijalankan. Program bermula dengan gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan dan diikuti membersihkan kiri kanan jalan menghala ke kampung-kampung kecil yang ada di Kampung Baharu. Pada sebelah malam pula ceramah agama telah diadakan di Masjid Kampung Baharu. Penceramah yang hadir diundang kahas dari Jabatan Pelajaran Pahang. Terima kasih kepada semua ahli PIBG yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Pengerusi Masjid bersama anggota PDRM
YDP PIBG bersama anggota PDRM
Ketua Kampung (Baju Biru) dan Pengerusi Masjid (Baju Putih)
menyaksikan penceramah menulis dalam buku pelawat
Ketua kampung dan YDP PIBG
 menyaksikan penceramah mencatat dalam buku pelawat

Thursday 7 June 2012

Tahniah Buat Pesilat-Pesilat Peringkat Negeri Pahang

YDP PIBG En. Jamal bergambar kenangan bersama kontijen daerah Jerantut 
SU PIBG En. Qasidi serta keluarga turut hadir memberi sokongan
AJK PIBG Pn. Rozaidah bersama pesilat tempur
Tempat ke-3 Jurus Wajib
Pesilat bagi Jurus Wajib
KUANTAN- Kejohanan pencak silat peringkat negeri Pahang telah diadakan di SBPI Kuantan bermula 4 - 6 Jun 2012. Seramai tiga orang pesilat dari SK Kampung Baharu telah terpilih untuk mewakili daerah Jerantut. Pesilat telah dipilih untuk acara tempur dan jurus wajib bagi kategori sekolah rendah. Tahniah bagi pesilat untuk acara jurus wajib kerana telah mendapat tempat ke-3. Kesungguhan dan keyakinan diri para pesilat dapat dilihat melalui pertandingan tersebut. Tahniah dan terima kasih kepada AJK dan Ahli PIBG SK Kampung Baharu yang sentiasa memberi sokongan dalam semua aktiviti sekolah.