Monday 5 March 2012

Gotong-royong Alam Sekitar

3 Mac 2012 - PIBG dengan kerjasama masyarakat kampung telah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan yang dipenuhi tumbahan liar. Sepanjang aktiviti ini masyarakat menggunakan parang dan mesin bagi menebas pokok renek yang ada. Kaedah ini digunakan bagi menjamin alam sekitar agar tidak dicemari dengan racun rumpai. Gotong-royong ini diadakan bagi membolehkan projek tanaman pokok buah-buahan dapat dijalankan bagi tujuan pendidikan anak-anak pelajar. Ramai masyarakat kampung yang turut serta dalam aktiviti ini.
Ini selaras dengan objektif Rakan Alam Sekitar iaitu:
1. Memberi kesedaran alam sekitar di setiap lapisan masyarakat
2. Menanamkan rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar yang dikongsi bersama.
Antara warga emas yang turut serta
YDP PIBG
Masyarakat kampung bersemangat untuk membantu
Berehat dan berbincang setelah selesai gotong-royong

No comments:

Post a Comment