Gambar

Gotong-Royong PIBG

Program Rakan Alam Sekitar



Keceriaan Tandas

Keceriaan Kantin





Selamat datang kepada En. Abd Muhin bin Mohd Yusof  selaku guru besar yang menggantikan Pn. Hajah Salbiah binti Tan Seri Abdul Razak yang telah bersara.
YDP PIBG merainkan En. Abd Muhin bin Mohd Yusof 
YDP PIBG bersama warga SK Kampung Baharu merainkan hari pertama kehadiran guru besar
di SK Kampung Baharu




16 Mei 2011 - Sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan di SK Kg. Baharu. YDP PIBG mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik. Sempena sambutan tersebut YDP bersama ADUN Damak meraikan jasa guru dengan memberi sedikit tanda penghargaan.
YB Dato' Lau Lee menyampaikan hamper kepada semua guru dan AJK PIBG



Persembahan pelajar

Murid & guru menikmati aiskrim sumbangan PIBG





23.2.2011- Sukan rakyat turut dijalankan semasa sukan tahunan sekolah khususnya untuk warga kampung. Sukan rakyat yang dianjurkan oleh PIBG melibatkan kategori belia, beliawanis, kaum ibu, kaum bapa dan warga emas. Sukan seumpama ini dijalankan bagi mengeratkan hubungan antara PIBG dan masyarakat. Ini merupakan salah satu kaedah merakyatkan PIBG.
Kategori Warga Emas
Kategori Ibu
Para ibu yang hadir menyerikan majlis

ADUN Damak Dato' Lau Lee (baju putih) selaku perasmi



2010- Gotong royong perdana telah diadakan bagi menceriakan kawasan sekolah. Gotong royong ini melibatkan masyarakat kampung, belia dan JKKK. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan gotong royong ini. 

Berbincang untuk agihan kerja oleh masyarakat kampung.
YDP PIBG En. Jamalrudin Samsudin turut serta menanam pokok sebagai kenangan
Penasihat PIBG, Pn. Hajah Salbiah, Guru Besar turut serta dalam gotong royong
Inilah wajah warga emas yang sentiasa memberi kerjasama kepada PIBG






MAJLIS BERKHATAN ANJURAN PIBG
Sebelum berkhatan peserta dimandikan dengan pancutan air bomba


Penyampaian cenderahati kepada pasukan bomba sukarela oleh YDP

Penyampaian hadiah kepada peserta Oleh YDP

Murid yang akan berkhatan

Bersama ibu bapa dan JKKK

2009 - PIBG dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai di sekolah. Majlis tersebut telah diadakan sempena cuti persekolahan  hujung tahun. Program ini telah mendapat kerjasama Bomba Sukarela, JKKK, Jawatankuasa Masjid dan Ibu Bapa.  Sebelum berkhatan semua peserta dimandikan dengan pancutan air bomba. Pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh semua peserta. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasam dalam menjayakan program ini.