Thursday 17 May 2012

Latihan Silat Bersama PIBG

15 Mei 2012 - murid SK Kg. Baharu mewakili sekolah dalam pertandingan Pencak Silat peringkat daerah Jerantut yang telah di adakan di SK Temin. Kesempatan itu PIBG sempat melatih murid-murid yang terlibat. Tahniah kepada semua murid yang menyertai, mereka memperolehi Johan bagi kategori tempur silat dan jurus wajib. manakala seorang peserta mendapat tempat ke -3 bagi kategori silat tari. Syabas dan tahniah....

PIBG, JKKK & RELA Berganding Bahu Dalam Perkhemahan Tahunan Sekolah

11-13 Mei 2011- SK Kg Baharu telah mengadakan perkhemahan bersepadu bagi murid-murid tahap 2. Perkhemahan tersebut telah mendapat kerjasama yang padu dari PIBG, RELA dan JKKK. Perkhemahan kali ini bertujuan membentuk jati diri murid dan memberi pendedahan dengan cara-cara memasang khemah, ilmu  pertolongan cemas, ikatan dan ikhtiar hidup. Selain dari itu murid-murid dibawa ke Masjid Kampung baharu bagi program keceriaan masjid. Perkhemahan kali ini dirasmikan oleh Pengerusi JKKK iaitu Muhamad bin Said.
Cara-cara mendirikan khemah
Tabur belerang untuk mengelakan serangga berbisa
YDP  PIBG mengajar cara-cara menggunakan anduh
Malam bakat murid
Kawad kaki
Semua peserta perkhemahan bergambar kenangan dengan PIBG, JKKK & RELA
Pasukan RELA yang membantu
Guru pemimpin menuruni cerun
Guru besar mendaki bukit
YDP PIBG menuruni cerun menggunakan tali
Merentas tali air

PIBG Bantu Terapkan Nilai Murni


Wednesday 16 May 2012

Monday 14 May 2012

MAJLIS ANUGERAH PIBG CEMERLANG DAERAH JERANTUT

YDP menerima replika cek bernilai RM1000.00 dari YB Dato' Wan Amizan
YDP PIBG bersama Guru Besar dan Bendahari PIBG
Bersama barisan penerima Anugerah PIBG Cemerlang
12 MEI 2012- Sambutan Majlis Anugerah PIBG Cemerlang 2011 Daerah Jerantut telah diadakan di Dewan Seminar PPD Jerantut yang baharu. Majlis tersebut telah dirasmikan olehYB  Dato' Wan Amizan ADUN Tahan. Terima kasih dato' atas sumbangan jamuan makan malam dan kesudian untuk merasmikan majlis tersebut. Tahniah kepada yang berjaya, PIBG SK KG. Baharu merupakan Johan bagi kategori sekolah rendah luar bandar. PIBG Sk Jerantut Jaya Johan bagi kategori sekolah rendah bandar. PIBG SMK Jerantut johan bagi kategori SMK Bnadar dan PIBG SMK PPP Tun Razak johan bagi kategori SMK luar bandar. Terima kasih juga kepada semua penasihat, YDP dan Setiausa PIBG yang hadir. Majlis malam itu dihadiri oleh 200 orang tetamu. Syabas dan tahniah untuk semua rakan PIBG.