Saturday 30 June 2012

PIBG Memancing Bersama Komuniti

17 Jun 2012 - Kolam memancing Kampung Baharu telah didatangi oleh PIBG, JKKK, PDRM, Belia dan Jawatankuasa Masjid serta masyarakat setempat. Program ini merupakan program PDRM bersama masyarakat setempat. Program kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak. Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Jerantut. Tahniah kepada yang berjaya menaikan ikan, begitu juga kepada yang menjuarai mengikut katagori. Terima kasih kepada Ahli PIBG yang hadir memberi sokongan dalam menjayakan program yang amat baik ini. Terima kasih kepada Jawatankuasa Masjid Kampung Baharu yang menyediakan hidangan bagi jamuan makan tengahari. Terima kasih dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.
YDP PIBG mahu mencuba nasib.....
Mantan YDP bersemangat walaupun tangan tercedera
Antara spesis ikan yang diperolehi peserta
YDP PIBG setia menanti ikan mengena dimata pancingnya...........
SU PIBG serta keluarga turut serta
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang
YDP PIBG dan Ketua Kampung menyaksikan peserta menerima hadiah
Menikmati jamuan selesai memancing

No comments:

Post a Comment