Saturday 15 June 2013

PERKHEMAHAN BERSEPADU 2013

Pada tanggal 12 Mei 2013 SK Kampung Baharu telah mengadakan program perkhemahan bersepadu yang menggabungkan dua badan beruniform dan beberapa panitia.. Perkhemahan selama 3 hari ternyata menyemarakkan semangat pelajar untuk lebih aktif dan kreatif.

ANTARA PROGRAM YANG DIJALANKAN


Tunjukcara membersihkan ikan oleh ahli PIBG

Murid menghidupkan api.

Murid menyediakan makan tengah hari



Guru Besar turun padang bersama murid

Aktiviti riadah Bermain Payung Terjun Buatan



Aktiviti Riadah 2 Mencipta Mumia


Ikhtiar Hidup 




Monday 18 February 2013

PIBG SKKB Selesai Menjalankan Mesyuarat Agung 2013

3 Februari 2013 - PIBG SK Kampung Baharu selesai menjalankan tanggungjawabnya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Terima kasih kepada tokoh perasmi Dato' A. Rahim bin Noh, mantan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang yang dapat hadir. Ini sebagai tanda sokongan padu kepada pengurusan PIBG, selaras dengan Saranan Ibu Bapa yang merupakan Inisiatif ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan
bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta: M A L A Y S I A
Dato, A. Rahim bin Noh tokoh perasmi
Sumbangan kepada ahli PIBG

Sumbangan kepada anak yatim



YDP PIBG 2013/2014 menyampaikan cenderahati kepada perasmi

Ahli PIBG bergambar kenangan dengan perasmi 


Bantuan Awal Persekolahan RM 100.00



Bantuan awal persekolahanRM 100  telah disampaikan oleh YB Dato' Lau Lee, ADUN Damak. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir bagi menlancarkan program tersebut.


Thursday 10 January 2013

Tahun 2013 - Kerjasama Pemangkin Kejayaan

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang telah memberi kerjasama dalam pengurusan PIBG bagi tahun 2012. Tahniah atas segala kejayaan yang telah dikecapi, mudah-mudahan tahun 2013 memberi kejayaan yang lebih baik kepada kita. 

Friday 21 September 2012

Majlis Perpisahan Kerani SK KG. Baharu

Guru Besar & YDP PIBG berganding bahu memasak
 
 
 
 
 
11 Julai 2012 - Majlis sempena pertukaran Pn. Madziah, seorang  kerani telah diadakan dengan kerjasama warga sekolah. Tahniah diucapakan  kerana dapat bertukar ke Negeri Sembilan. Terima kasih atas perkhidmatan puan selama ini di SK Kampung Baharu. Program dimulai dengan pertandingan memancing di Kolam PIBG. Terima kasih kepada semua AJK PIBG dan semua warga sekolah yang dapat bersama-sama menjayakan majlis tersebut.

Sunday 29 July 2012

PIBG & SK Kampung Baharu Anjur Sukan Komuniti

1 Julai 2012 - Sukan Komuniti amat menyeronokkan. Terima kasih kepada Dato' Lau Lee ADUN Kawasan Damak kerana sudi hadir untuk merasmikan majlis. Tahniah kepada yang berjaya dalam semua acara yang dijalankan, Terima kasih kepada semua warga kampung yang telah memberi sokongan dalam menjayakan sukan komuniti ini. Kerjasama seumpama ini perlu diteruskan.....


JOHAN KESELURUHAN - Pasukan Rumah Hijau

JOHAN- Pasukan tarik tali dari JKKK Lata Kasah